Posts

Showing posts from August, 2018

Baju Peplum Raya Haji

Image
Design Baju Peplum Kurung  Kain satin shimmery gold ni dah beli kat jakel dari tahun lepas..terperap dalam beg plastik tu😂beli nak dekat 10meter bidang 60".nak buat untuk raya haji 2018 nak buat sedondon la konon..tup tup tak jadi sebab mak busy dengan menjahit baju costumer..yang kita hanya reti jahit baju perempuan sahaja.adik beradik saya dua dua laki.Bila raya depa pakai baju biasa je la..laki tak apa sebab bila dah tengahari baju dah lesap sangkot kat tengkok😬penat mak kita jahit untuk family.😤itu yang malas nak jahit baju melayu.. Pikir punya pikir terhasilah dress peplum yang cantik.Design dia peplum dibahgian waistline,dipotong 360¤.Masa nak buat pola(pattern),bahagian peplum tu kita guna formula radius.Ala matematik time sekolah dulu bab bulatan. Bawah peplum tu ada satu layer macam baju kurung biasa tapi kami cantum sekali dengan peplum,lepas tu baru cantum bahagian atas pinggang.Kiranya ada satu layer peplum satu lagi bukan peplum.

DIY : Peplum Top Raya 2018

Image
This year time bulan puasa memang saya terfikir design apa yang perlu dibuat tahun ini.Tahun sudah saya jahit jubah warna hijau lumut.Jubah kosong je.Maklumlah baru belajar menjahit.Saya buat baju simple masa 2015.Sekarang terfikir nak buat lebih advance..ala ala vintage sikit. So,bila rasa dah bosan pakai baju pergi kenduri,raya asyik jubah dan baju kurung.Nak juga pakai peplum,sebelum ni kami tak pernah pakai baju peplum.Peplum start popular balik tahun 2011 macam tu.Masa tingkatan 2,tapi kebanyakan baju peplum terlalu mahal,singkat dan ketat.Saya tak suka,last last terkubur keinginan nak pakai peplum sehingga 2018. Nak dekat seminggu baru saya dapat siapkan baju peplum dari potong kain sehingga jahit pearl.Mula-mula ingatkan nak guna batu batu yang boleh terus iron,malangnya benda tu tak nak melekat pulak.Nak jahit manik memang tak pandai lah,tapi baju tu nampak kosong sangat! Nak tak nak,kami gagahkan juga tangan kami nak jahit pearl dengan cari corak yang mudah nak ...